Tuesday, 29 May 2012

Bila Dah Hilang baru Menghargai~

Begitulah lumrah manusia. Apa yang terhidang di depan mata tidak dipandang apa lagi untuk menghargai. Sampai saat sudah hilang ataupun menghadapi sesuatu yang lebih teruk, barulah nak insafi diri. Tapi tidak semua benda boleh diulang. Sebagai manusia kita lebih cenderung untuk memilih yang terbaik dalam hidup kita.. Itu betul tapi bila kita taksub memilih sampai suatu tahap kita mula sedar yang dulu itu adalah yang terbaik tapi malangnya manusia ini punya naluri. Mungkin dia suah punya pilihan lain. Maka melepas lah kita.. kui3... menyesal pun tidak berguna.. hahha.. Meranalah hati.



Namun, bukanlah terhad kepada menghargai manusia dengan manusia ( pakwe/makwe) sahaja. Ia juga berkait dengan masa juga. Mungkin sekarang kita sangat tak suka dengan life sekarang. Macam-macam tak kena.. itu ini xok.. Tapi bila kaki melangkah keluar dari sini, kita pun mula rindukan tempat ini.Tambah-tambah lagi bila next place tu tak la seindah tempat lama. Maka, mulalah nak menghargai tempat lama. Terkenang kawan-kawan lama yang sporting giler tak hingat walaupon dulu korang sangat menyampah dengan dorang. sebabnya kenapa taw x? sebab kawan-kawan korang sekarang tak macam yang sebelum ini. Ingatlah, bahawa setiap  manusia punya kelebihan. Mungkin kawan sekarang tak mungkin sama macam yang dulu tapi dari beberapa segi, mereka mungkin lebih baik. Nanti dah xde kawan taw la korang. Semua manusia macam tu okeh! Bukan aku sorang.  Or mungkin dulu kita xsuka orang tu sebab dia garang ke or sebab-sebab tertentu, bila dia tinggal kita dan orang lain take over tempat dia dan lagi teruk, mula la cakap, " weh, aku rindula kat ..., kalo dia aja lagi kan bes". Hambik ko! Masa takleh putar balik, so. senyum jela..



Satu lagi, dengan orang tua kita, kita bersikap kuang aja, suka marah-marah, maki-maki, bila dah takde baru la nak insaf.. Tapi guys, sudah terlambat mehh.. Pasni takde orang nak memahami korang bila parents korang takde. Nak teman korang nangis, nak peluk ketika sedih.. (Peringatan untuk diri sendiri).. Jadi, hargailah orang yang tersayang, enjoy dengan keadaan sekarang sebab masa depan menanti dengan ranjau yang mencabar.


Jika Ini Takdirnya

Tengah hari tadi aku baru lepas exam untuk Experimental Design And Analysis. Tak tahu nak cakap camne, nampak boleh buat namun result tak tahulah camne. and tadi lecturer bagi yang markah midterm ari tu. Markah average but dekat-dekat atas pagar. Aku ingat aku boleh buat ari tu. Tapi nah ambik kau markah.. Hot kot.. Nasib la still kalangan average lagi, kalo tak mau nangis aku beb! Sem ni memang teruk la. Takde harapan nak skor. Selalu kalo dapat markah cenggini, konfem aku nangis melalak-lalak time call ma aku. Tapi sekarang ni aku cam xde pasaan dah. Rasa kosong mungkin dah boring dah nangis sebab selalu dapat markah rendah walaupon aku rasa aku dah usaha.


Yang selalu pujuk aku, ada setiap masa aku nak nangis, penguat semangat adalah ma aku. Tapi ari ni dia busy sebab kazen aku kawen ari ni. Tapi sebelum exam tadi ma aku tanya pasal exam. Mungkin ini ujian Allah SWT kat aku. Mungkin ade yang aku buat silap sebelum ni yang aku tak sedar atau aku leka dengan hidup duniawi ni. Mungkin aku rasa aku dah usaha tapi sebenarnya usaha aku tu masih tak cukup. Tapi aku mohon Allah tunjukkan aku jalan yang betul, yang mana aku tak sedar sebelum ni. Aku tak xsanggup nak nangis lagi. Sejak masuk sini, asal dapat result, nangis walaupon takde la teruk mana pun. Or mungkin dah jadi habit. hahah... 


Tapi yang paling aku kesalkan, aku dah tak dapat jadi terbaik macam duloo-duloo.. Maafka orang ma.. Sia-sia pengorbanan ma selama ini menghabiskan duit bagi orang belajar tapi orang tak mampu jadi yang terbaik. Walaupon ma tak kisah, tapi orang kisah. Kalo boleh biarlah setiap pengorbanan yang kita lakukan itu berbaloi. Aku sendiri tak tahu ape yang jadi pada hidup aku.. Terumbang-ambing taw x!!


Sebenarnya datang sini, belajar untuk exam je kot.. Dan aku rasa apa yang belajar kat sini tak mungkin diaplikasikan dalam pekerjaan suatu ari nanti unless kalo aku tukar arah haluan.. Hope so.. Lepas exam je, ilmu-ilmu beterbangan ke langit. Duhh!! Nape seyh jadi camni? Dah-dah.. baik aku g tenangkan fikiran. kang banyak pulak membebel. Ok, petang ni ade kelas.. Kalo ini jalan yang diatur oleh-Nya, aku terima dengan redhanya..