Hari Ibu ari tu aku terkonfius sikit sebab ada yang mengatakan Hari Ibu tu haram sebenarnya. Lagi-lagi mak aku bising nape aku tak wish kat dia. Dah tak sayang ke, macam-macam la. Haishhh... Poning gak kepalo den.
Tapi sayang ibu ni tak semestinya pada Hari Ibu je. Hari-hari kena sayang sebab ibulah yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari kesana kesini dengan perut memboyot. Berat taw! Pastu lahirkan kita dengan sakit yang teramat bagaikan 20 puluh tulang patah tambah lagi dengan urat-urat yang terputus. Maha dasyat sakit tu. Tak terdaya oleh aku nak tanggung. Lahir je, menyusukan kita, beri kita makanan yang berkhasiat untuk kita membesar dengan sihat, jaga kita waktu sakit, memberi didikan dan banyak lagi la. Ibu ni even nyamuk nak gigit anak dia pon dia tak bagi.
Namun, lihatlah diri kita, mampukah kita membalas semua jasa yang diberikan oleh ibu kita? Betapa sakitnya perasaan ibu kita bila anaknya dehaka kepadanya, tak kenang budi. Bukan duit yang dipinta tapi cukuplah sekadar kita boleh menyenangkan hati ibu. Bila anak dah besar, mula menengking ibu, ibu cakap taknak dengar siap lawan-lawan lagi. Hah, touching betul aku... Kita tak tau betapa susahnya hati ibu bila kita buat pangai tambah2 kalo dok jauh. Bimbang apa-apa yang buruk terjadi kat kita. Satu lagi, bila kita dah ada boyfriend, ibu ni kita campak ke tepi. Hidup mati kita ngan pakwe kita je. Nak call ibu sekali sehari pon punya la susah. Macam la pakwe tu betul-betul jadi laki kita.. Ibu ni walaupun seteruk mana anak dia, dia akan terima anaknya, tetap sayang. Orang lain ade??? Tipulah kalo kata pakwe kita tu nak terima kita. Entah-entah siap tinggalkan kita lagi. Kalo orang yang aku paling percaya atas muka bumi Allah SWT ni adalah ibu aku. Mana aada ibu tak sayangkan anaknya. Nanti kita dah ada anak, baru lah kita taw camne rasa. Pastu kita pon mula la nak insafkan diri. Jika time tu ibu kita ada lagi takpe la. Andai kata ibu dah takde, tak guna menyesal.
Buat ibuku yang kusayangi...
Terima kasih sebab sudi jaga orang, besarkan orang. Walau dalam keadaan serba sederhana tapi ma still bagi yang terbaik buat orang. Tak pernah bagi orang rasa susah. Banyak berkorban masa, tenaga, duit dan segala-segalanya. Sanggup jadi bestfriend orang, ada ketika orang memerlukan, selalu bagi pendapat, selalu spend time dengar masalah orang even orang taw ma ada banyak lagi komitmen. Yang paling penting, ma selalu pujuk orang ketika orang sedih. Tak terbalas rasanya segala jasa ma kat orang walau suatu ari nanti orang jadi jutawan. Orang sayang ma lebih dari diri orang sendiri dan orang akan berusaha buat ma gembira.
#Setakat ni je la..Aku nak nangis dah. Lama tak jumpa ma..