Setiap insan mempunyai impian tersendiri. Dari sebesar-besar impian hingga sekecik-kecik mimpi. Pelbagai usaha yang kita lakukan untuk menggapai impian kita. Namun kita hanya mampu merancang, Allah SWT juga menentukan. Mungkin saat sekarang kita rasa selesa. Namun adakalanya kita takkan pernah terduga kita akan diuji dengan ujian yang kadangkala boleh mematahkan semangat kita.
Kadang-kadang tu fikiran yang jauh kedepan mungkin memberi masalah tapi bagi aku fikiran pandang kedepan perlu supaya kita boleh menghadapi sebarang kemungkinan. Dari situ kita boleh menyiapkan diri kita. Mengharap sesuatu yang lebih daripada kupayaan kita boleh menimbulkan rasa yang amat megecewakan. Tak salah untuk terus memasang impian kerana dari impian itulah akan menggerakkan diri kita supaya berusaha lebih. Hidup ini tidak seindah mimpi. Dalam mimpi semua kita boleh dapat namun hakikatnya, perit juga nak dapat. Apa yang kita boleh lakukan jika impian kita terhalang? Kalau terhalang dengan sesuatu yang boleh diubah, ok la. Kalo benda tu hakikat kejadian ape nak buat? Antara pasrah dan redha..
Hidup tanpa impian seolah-olah layang-layang putus talinya. Melayang tanpa arah tujuan. Takde impian boleh menjurus kepada satu penyakit iaitu malas. Memang susah jika menghidapi penyakit ni. Doktor pon tak boleh nak tolong. Diri sendiri la kena tolong. Tu pon kalo mampu. Sape yang penah kecewa dalam hidup? Sape yang tak pernah gagal? Sape yang tak pernah hancur impiannya? Nak pulihkan balik mungkin akan ambik masa. Mungkin ada yang hilang kewarasan. Sekali lagi aku cakap, ini bergantung kepada diri kita. Selalu berdoa kepada Allah SWT semoga dilindungi daripada benda-benda tak elok. Cari lah orang yang boleh berkongsi masalah terutamanya dalam kalangan orang yang berpengalaman kerana mereka lebih dulu makan garam. Mereka mungkin tahu cara mengatasi dengan berkesan, at least dengan nasihat-nasihat yang berguna. Itu saja daripada Ustazah hari ni. Renung-renungkan lah dan bersama insafi diri terutamanya aku.
# Ingatlah walau sesusah mana kita, ada orang yang kurang bernasib baik berbanding kita. Syukurlah dengan apa yang kita miliki.