Thursday, 31 May 2012

Berdebar itu boleh membunuh~ entry terakhir before sem break

Tadi aku g ujian Al-Quran.. Hafal baik punya. Sekali time bace depan ustaz tergagap-gagap.. Nervous punya pasal.. Pastu kena tanya soalan, padahal aku taw jawapan dia.. Tapi aku tak tahu kenapa aku boleh jawab lain. Agak nervous di situ ye... Tapi benda dah lepas, takleh nak ulang balik. So, redha je la. Nervous ni kadang-kadang tak berapa elok la. Tambah-tambah time nak jawab exam.. Hilang melayang semua yang kite baca. Jadi blank.. Camne eh nak overcome it??


Btw, sekarang ni aku sibuk ngan final exam.. Banyak aku kena study in short time. Doakan yang terbaik buat aku. Then, after that, aku cuti 2 minggu before aku g praktikal. Aku tak tahu sempat ke tak nak hapdet blog ni sebab aku sedia maklum rumah baru aku tu takde wifi. Huhuhu... Or maybe aku pon ade banyak keje..Please miss me..hahah.. Pas praktikal lak, aku akan spend 3 months of time in my hometown which is no internet access. I guess it almost a year but i hope not. Because I'll miss my blog..

# ok, bebeh... don't cryyyyyyy!!! sob..sob..sob..

Tuesday, 29 May 2012

Bila Dah Hilang baru Menghargai~

Begitulah lumrah manusia. Apa yang terhidang di depan mata tidak dipandang apa lagi untuk menghargai. Sampai saat sudah hilang ataupun menghadapi sesuatu yang lebih teruk, barulah nak insafi diri. Tapi tidak semua benda boleh diulang. Sebagai manusia kita lebih cenderung untuk memilih yang terbaik dalam hidup kita.. Itu betul tapi bila kita taksub memilih sampai suatu tahap kita mula sedar yang dulu itu adalah yang terbaik tapi malangnya manusia ini punya naluri. Mungkin dia suah punya pilihan lain. Maka melepas lah kita.. kui3... menyesal pun tidak berguna.. hahha.. Meranalah hati.



Namun, bukanlah terhad kepada menghargai manusia dengan manusia ( pakwe/makwe) sahaja. Ia juga berkait dengan masa juga. Mungkin sekarang kita sangat tak suka dengan life sekarang. Macam-macam tak kena.. itu ini xok.. Tapi bila kaki melangkah keluar dari sini, kita pun mula rindukan tempat ini.Tambah-tambah lagi bila next place tu tak la seindah tempat lama. Maka, mulalah nak menghargai tempat lama. Terkenang kawan-kawan lama yang sporting giler tak hingat walaupon dulu korang sangat menyampah dengan dorang. sebabnya kenapa taw x? sebab kawan-kawan korang sekarang tak macam yang sebelum ini. Ingatlah, bahawa setiap  manusia punya kelebihan. Mungkin kawan sekarang tak mungkin sama macam yang dulu tapi dari beberapa segi, mereka mungkin lebih baik. Nanti dah xde kawan taw la korang. Semua manusia macam tu okeh! Bukan aku sorang.  Or mungkin dulu kita xsuka orang tu sebab dia garang ke or sebab-sebab tertentu, bila dia tinggal kita dan orang lain take over tempat dia dan lagi teruk, mula la cakap, " weh, aku rindula kat ..., kalo dia aja lagi kan bes". Hambik ko! Masa takleh putar balik, so. senyum jela..



Satu lagi, dengan orang tua kita, kita bersikap kuang aja, suka marah-marah, maki-maki, bila dah takde baru la nak insaf.. Tapi guys, sudah terlambat mehh.. Pasni takde orang nak memahami korang bila parents korang takde. Nak teman korang nangis, nak peluk ketika sedih.. (Peringatan untuk diri sendiri).. Jadi, hargailah orang yang tersayang, enjoy dengan keadaan sekarang sebab masa depan menanti dengan ranjau yang mencabar.


Jika Ini Takdirnya

Tengah hari tadi aku baru lepas exam untuk Experimental Design And Analysis. Tak tahu nak cakap camne, nampak boleh buat namun result tak tahulah camne. and tadi lecturer bagi yang markah midterm ari tu. Markah average but dekat-dekat atas pagar. Aku ingat aku boleh buat ari tu. Tapi nah ambik kau markah.. Hot kot.. Nasib la still kalangan average lagi, kalo tak mau nangis aku beb! Sem ni memang teruk la. Takde harapan nak skor. Selalu kalo dapat markah cenggini, konfem aku nangis melalak-lalak time call ma aku. Tapi sekarang ni aku cam xde pasaan dah. Rasa kosong mungkin dah boring dah nangis sebab selalu dapat markah rendah walaupon aku rasa aku dah usaha.


Yang selalu pujuk aku, ada setiap masa aku nak nangis, penguat semangat adalah ma aku. Tapi ari ni dia busy sebab kazen aku kawen ari ni. Tapi sebelum exam tadi ma aku tanya pasal exam. Mungkin ini ujian Allah SWT kat aku. Mungkin ade yang aku buat silap sebelum ni yang aku tak sedar atau aku leka dengan hidup duniawi ni. Mungkin aku rasa aku dah usaha tapi sebenarnya usaha aku tu masih tak cukup. Tapi aku mohon Allah tunjukkan aku jalan yang betul, yang mana aku tak sedar sebelum ni. Aku tak xsanggup nak nangis lagi. Sejak masuk sini, asal dapat result, nangis walaupon takde la teruk mana pun. Or mungkin dah jadi habit. hahah... 


Tapi yang paling aku kesalkan, aku dah tak dapat jadi terbaik macam duloo-duloo.. Maafka orang ma.. Sia-sia pengorbanan ma selama ini menghabiskan duit bagi orang belajar tapi orang tak mampu jadi yang terbaik. Walaupon ma tak kisah, tapi orang kisah. Kalo boleh biarlah setiap pengorbanan yang kita lakukan itu berbaloi. Aku sendiri tak tahu ape yang jadi pada hidup aku.. Terumbang-ambing taw x!!


Sebenarnya datang sini, belajar untuk exam je kot.. Dan aku rasa apa yang belajar kat sini tak mungkin diaplikasikan dalam pekerjaan suatu ari nanti unless kalo aku tukar arah haluan.. Hope so.. Lepas exam je, ilmu-ilmu beterbangan ke langit. Duhh!! Nape seyh jadi camni? Dah-dah.. baik aku g tenangkan fikiran. kang banyak pulak membebel. Ok, petang ni ade kelas.. Kalo ini jalan yang diatur oleh-Nya, aku terima dengan redhanya..

Thursday, 24 May 2012

Hari yang Memalukan

Baru pas test multi-objective model..Soalan memmang kaw2 membunuh tapi Alhamdulillah tak mati lagi. Camne tak membunuh, study pon ala-ala kadar je. Jawab pon ala-ala kadar gak la kan. Hahahaha... Penat sebenarnya ni tapi aku saje nak menconteng wall ni sikit. Aku nak cite pasal semalam. Semlam dalam sejarah yang mana-mana orang tak pernah alami kat sini.


Selalu aku g kelas, aku tumpang kawan aku. Semalam dia ada hal. jadi kami tiga orang naik la bas. Sebenarnya bas tu dah penuh tapi sebab aku nak cepat nak g pejabat pos, aku redah je la. Dengan buku segala macam, aku berdiri depan pintu, kawan aku sorang dok depan aku, sorang lagi belakang. Depan ada 2 orang lelaki. Aku dah rase tak stabil. Kawan aku pulak bleh pegang tangan aku sebab tak tahu nak pegang mana. Sekali bas tu pusing kat tarfik light, dia berpaut kat aku, dah la aku nak kasi stabil aku pon sipi-sipi je. Dah kat corner tu, dia tertolak aku, dengan otomatik tangan aku dan kaki aku melayang kat atas. Dah la aku diri kat tangga. Nasib pintu tu tutup dan kawan aku belakang sempat tahan aku. Nasib baik... Kalo tak, ape jadi ngan aku pon tak tau. Dan satu lagi, nasib kawan yang belakang aku tu besar, jadi dengan otomatik dy boleh tolak aku naik. Mujur tak terhantuk pintu, dan pintu tu tak terbuka.


Malu siot!!!  Budak laki depan aku merah padam muka tahan gelak. Ya Allah, tak tahu mana nak letak muka. Nak letak dalam poket, tak muat.. Lambat giler perjalanan ari tu aku rasa. Selalunya, kalo bas dah penuh, aku memang tak naik pon. Entah camne lak semalam boleh terdetik nak naik padahal sebelum-sebelum ni jangan haraplah. Syukurlah aku masih selamat. Sampai je rumah, terus g pejabat pos. Penat owh angkat barang. Ketaq lutuit cheq.. A long day for me!



Monday, 21 May 2012

Short Nice Trip



I'm coming back home.. alalalalaaaaaa~ Semalam aku baru balik dari Selatan g tengok skool ng rumah yang bakal diduduki oleh aku..hue hue.. First of all, mula2 kami sampai sana, aku memang terkejut sebab turun-turun  je bas, ramai orang dok serbu. Seingat aku, aku bukan artis. Memang la femes tapi takde la sampai camtu sekali. huahaha.. Macam-macam ragam aku tengok orang keliling masa nak tunggu sedara kawan aku datang ambik. Kalo nak tulis, tahun depan pon tak abis.. Then, dorang bawak kami pusing-pusing. The best thing is kat sana ade pawagam.. Yela weh, pat aku blaja mana ade benda ni semua..yang ade cuma pekan koboi je. Mak angkat sedara kawan aku tu giler baik. Happening je dia sampai kami tak kekok pon dengan keluarga dorang. Petang tu g tengok rumah. Budak dalam rumah tu, adoyaiiii....takut aku. First impression aku, dia ni cam kerek, sombong dan tak brape mesra tapi tak tau la kan...tak kenal lagi.. Rumah tu agak kecik tapi just nice untuk kami ni. Lagipon yang paling best, tempat tu dekat ngan tempat yang aku nak praktikal nanti. Jalan kaki pon boley sampai.. Adessss...kurus la aku nanti. Sebenarnya aku takut nak g parktikal kat situ. Aku dah gi tengok tempat tu. Pintu gerbang dia saja sudah dapat mengoyahkan iman aku. Susahnya nak senang ni...


Tuan rumah lak macam ade benda aku tak senang ngan dorang. Ade ke patut tetamu datang suruh masuk ikut pintu belakang.. Kuang asam tuan rumah tu .. dah la tak hidang air ke ape... sia-sia je aku datang dari jauh just nak dengar yang rumah tu takleh bawak laki. Kalo call pe salahnya, nanti aku bank-in la deposit..Ape daaaa~
What ever la ko tuan rumah.. aku nak dok sekejap je. Nanti aku blah la..hue hue hue...


Malam tu layan bola baik punye.. Dah lame dak comel ni tak nengok bola. Kalo dulu macam kuku ngan kulit, dah macam darah daging bola neh.. Ahaks! Then, boring2, akak ngan family and anak angkat dia yang bajet pemalu tu g lepak-lepak kat dataran. The most besttest things happened, time last step aku nak masuk kedai mamak tu, automatik seluruh kawasan tu takde letrik. Apa macam??? Dah set2 semua nak g pat lain, kete takleh start. Wahahah...malang sungguh. Dah repair kete, g jalan lagi. Lepak warung pekena teh sambil makan roti john. Terbaik la roti john kawasan tu. Nak makan banyak-banyak segan pulak. Eheks! Dah dekat 2 pagi baru sampai umah. Xpe,lepak satu family, bukan ngan pakwe...huhuhu...

Pagi esoknya, bertolak balik. And life go back to normal. Dull!! Rase cam nak gi balik kat sana sebab taknak fikir esemen ngan test2 berlambak ni. Sat lagi dah final. Alamak, boleh lak aku lupa! Ya Allah, bagilah aku kekuatan nak berpraktikal. Permudahkanlah urusanku. Rasa nak balik kampung je..

Friday, 18 May 2012

Tiap Hari Sayang~

Hari Ibu ari tu aku terkonfius sikit sebab ada yang mengatakan Hari Ibu tu haram sebenarnya. Lagi-lagi mak aku bising nape aku tak wish kat dia. Dah tak sayang ke, macam-macam la. Haishhh... Poning gak kepalo den. 
Tapi sayang ibu ni tak semestinya pada Hari Ibu je. Hari-hari kena sayang sebab ibulah yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari kesana kesini dengan perut memboyot. Berat taw! Pastu lahirkan kita dengan sakit yang teramat bagaikan 20 puluh tulang patah tambah lagi dengan urat-urat yang terputus. Maha dasyat sakit tu. Tak terdaya oleh aku nak tanggung. Lahir je, menyusukan kita, beri kita makanan yang berkhasiat untuk kita membesar dengan sihat, jaga kita waktu sakit, memberi didikan dan banyak lagi la. Ibu ni even nyamuk nak gigit anak dia pon dia tak bagi. 


Namun, lihatlah diri kita, mampukah kita membalas semua jasa yang diberikan oleh ibu kita? Betapa sakitnya perasaan ibu kita bila anaknya dehaka kepadanya, tak kenang budi. Bukan duit yang dipinta tapi cukuplah sekadar kita boleh menyenangkan hati ibu. Bila anak dah besar, mula menengking ibu, ibu cakap taknak dengar siap lawan-lawan lagi. Hah, touching betul aku... Kita tak tau betapa susahnya hati ibu bila kita buat pangai tambah2 kalo dok jauh. Bimbang apa-apa yang buruk terjadi kat kita. Satu lagi, bila kita dah ada boyfriend, ibu ni kita campak ke tepi. Hidup mati kita ngan pakwe kita je. Nak call ibu sekali sehari pon punya la susah. Macam la pakwe tu betul-betul jadi laki kita.. Ibu ni walaupun seteruk mana anak dia, dia akan terima anaknya, tetap sayang. Orang lain ade??? Tipulah kalo kata pakwe kita tu nak terima kita. Entah-entah siap tinggalkan kita lagi. Kalo orang yang aku paling percaya atas muka bumi Allah SWT ni adalah ibu aku. Mana aada ibu tak sayangkan anaknya. Nanti kita dah ada anak, baru lah kita taw camne rasa. Pastu kita pon mula la nak insafkan diri. Jika time tu ibu kita ada lagi takpe la. Andai kata ibu dah takde, tak guna menyesal.



Buat ibuku yang kusayangi...
Terima kasih sebab sudi jaga orang, besarkan orang. Walau dalam keadaan serba sederhana tapi ma still bagi yang terbaik buat orang. Tak pernah bagi orang rasa susah. Banyak berkorban masa, tenaga, duit dan segala-segalanya. Sanggup jadi bestfriend orang, ada ketika orang memerlukan, selalu bagi pendapat, selalu spend time dengar masalah orang even orang taw ma ada banyak lagi komitmen. Yang paling penting, ma selalu pujuk orang ketika orang sedih. Tak terbalas rasanya segala jasa ma kat orang walau suatu ari nanti orang jadi jutawan. Orang sayang ma lebih dari diri orang sendiri dan orang akan berusaha buat ma gembira.



#Setakat ni je la..Aku nak nangis dah. Lama tak jumpa ma..

Thursday, 17 May 2012

Cinta Antara Manusia

Tengok tajuk pon takleh blah dah. Btw tadi aku baru pas presentation. Semalam dekat pukul tiga kot tido. Memang giler la keje last minute neh... Apa pon tak boley! Hancusss pepagi buta dah kena present. Wa tak cukup tido wooo... balik2 je terus tido. Top up balik tido yang tergendala semalam. 

Ni nenek nak cite ni.... Ari tu aku ade baca satu artikel pasal cinta lelaki dan cinta perempuan. Dia cakap cinta lelaki ni tak sama dengan pompuan. Lelaki ni boleh mencintai ramai wanita tapi dalam keadaaan berbeza. Maksudnya, lelaki ni boleh jatuh cinta dengan rmai pompuan tapi situasi yang berbeza but semua dia cinta. Pelikkan? Contohnya, dia sayang A tapi dia sayang B. Kalo masih lagi heran, renung-renungkanlah... Lain la pompuan yang lebih sensitif, beremosi dan setia. Mereka ni kalo sayang, memang betul-betul sayang dan kalo boleh nak jadi milik mereka je. Tapi jika lelaki ni cakap dia suka orang lain tapi dia sayangkan korang, maksudnya betullah tu. Cuma sayang dalam dua keadaan yang berbeza. Dia sayang A sebab ni tapi dia sayang B sebab tu. Kalo camni camne nak cari laki ni???? Adehhhh.. 


Melalui pembacaan nenek lagi, lelaki ni berfikiran lain daripada wanita. tak semestinya apa yang kita fikir tu sama macam lelaki fikir. Mereka ni berfikiran straight forward. Kalo korang nak bermadah-madah ke aku rasa tak payah la. Dorang ni takkan faham punye. Cakap je direct. Apa yang lelaki harapkan dalam suatu perhubungan lain daripada apa yang perempuan mahukan. Caye x??? Kalo caye baguslah, kalo tak, nenek nak membawa diri. Majuk...




# Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.. Cinta Allah SWT lebih hakiki.



Monday, 14 May 2012

Minggu Paling Sibuk sem ni

Masuk je minggu ni aku akan sibuk-sesibuk mungkin. Esok kena bentang video aku yang tak seberapa tu, buat RPH lagi. Pastu dengan experimen dengan proposalnya skali dan akan dibentangkan pada hari yang penuh sejarah iaitu hari Khamis. Then kena buat refleksi pasal video tu lagi. Nak lagi? OK, ari jumaat aku ada hafazan tajwid. huhuhuuuuu... Kena anta pulak research action yang membebankan otak aku ni. Asyik fail je ni.. Adesss... Tambah lagi dengan urusan praktikal yang xselesai lagi... Wa manyak pening oooooohh...Ujung minggu ni pulak aku kena g Selatan Negara untuk g tengok rumah. Ayayayaaiii... Mau pinsan!





Saturday, 12 May 2012

Bestfriend

Setiap orang mesti ade kawan baik yang boleh berkongsi suka dan duka.Walaupon merentasi seluruh dunia sekalipon, walau berjumpa dengan ramai orang, bestfriend yang betul2 kenal kita tak ramai. Aku beruntung sebab ade bestie yang memahami aku, sedia berkongsi masalah susah senang aku. Dalam persahabatan ni kena ada give and take. Jangan terlalu banyak memberi dan jangan terlalu banyak menerima. Jika kawan kita beri kepercayaan kepada kita, jangan mengkhianati dia even dia bagi email blog dia ke, fesbuk dia ke, jangan sesekali ceroboh privacy dia. Ade faham adik2?



My bestie ni kan kadang-kadang dia giler-giler. Kadang-kadang emo...hew hew.. Pompuan kan... Aku ni suka sangat buat dia nangis. huhu... Sorry yunk! The best thing is, she always by my side whenever I need her. Actually, kami kawan since primary school lagi. Aku seronok kawan ngan dia. Memang kadang-kadang dia ni agak celupar, but I'm glad stakat ni dia tak pernah celupar ngan aku. Hmmm...maybe sebab dia sayang aku kot.. Werkkk! Pasan la cik Bee ni..



Bestie, aku sayang kamu. Walau kadang-kadang aku ni kasar, selalu bagi nasihat sampai awak nangis-nangis tap sebenarnya saya sayang giler kat awak. You are one of my preciuos person. Saya taknak ape-ape jadi kat awak. Nanti saya takde kawan baik lagi yang panggil saya futup. Heheheh... Dah dekat setahun aku tak jumpa dia tapi tiap-tiap hari mesti wajib sms. Kalo tak, aku rase nak ketuk-ketuk je kepala dia.




# No more cry, no more tears.. Just chill ok!

Friday, 11 May 2012

jom lumba lari!!

Haahahaha...larat ke? Takut nanti tak sampai separuh jalan dah tergolek-golek..Oppss! hehe.. Begitulah dengan hidup ni. Umpama litar lumba lari. Kadangkala kita di depan, kadangkala di belakang. Ada orang tu, mula-mula start lebih maju dari orang lain, tapi tak sampai separuh jalan, dah semput. Hush2...Adessss...
Ada orang tu, mula-mula lambat daripada orang lain, tapi bila hampir dengan garisan penamat, terus pecut. Baik punya taktik! Lumba lari ni ada macam-macam gaya. Aku takde la mahir sangat bab2 sukan ni sebab aku tak ambik kos sains sukan. Aku suka kira2 sampai terbiol kepala dengan nombor2. Numbers such a beautiful creatures.


Tapi aku bukan nak cite pasal nombor atau cara-cara nak lumba lari dengan jayanya. Pasal kehidupan seperti yang diminta oleh my lovely bestie.. Hello you! What's up? hew hew... Semalam aku dok borak-borak ngan member2 aku pasal hidup kami di sini. Terkenang akan sesuatu pasal diri aku yang aku sendiri tak sedar bila ianya berlaku. Dulu, aku seorang yang giler2 komited dengan study aku tapi aku bukan nerd, skema or yang sewaktu dengannya okiess. Moto hidup aku dulu, time is future and I need to study for my future. GOsh!! I don't know how crazy I'm.  But I'm proud to be me. Me, have such a perfect life.




But, langit tak selalu cerah..Amboi, bersastera pulak aku ari ni. Ahaks... After kolej, aku diterima di sini walaupon dengan berat hati. Tapi among my friends here, result kolej aku more better than them. Aku curi2 lihat la. Aku bukan perasan ni or takbur ke ape...Aku just nak relate ngan cite aku ni. In the first sem aku kat sini, aku pegang jawatan dalam kolej tempat aku tinggal dulu. Memang stress ngan keje2 luar but pelajaran memang aku tak abai. Even aku g exam dengan tak study pon aku still can get highest mark. Aku still boleh manage time aku dengan baik. Walaupon keje berlambak-lambak, the end of the sem, aku dapat result ok giler kot. Sem 2 aku letak jwatan sebab tak tahan meeting sampai 2 3 pagi, pas2 ngan esemen berlambak. Konon2 nya nak fokus pada study la. Uwerrkkkk!




Sebaliknya berlaku. Hidup aku bertambah stress sebab aku rasa dok kat sini takde life dan aku bukan la orang yang suka terperuk dalam bilik. Aku perlukan udara. Namun kat sini, tak de pape pon, tak macam sekolah ng kolej aku dulu. Most of the time aku tidur dan nangis. Memang teruk. Do you remember that, bestie? Akhirnya aku kebelakang dari orang lain. Dan terus kebelakang. Hidup rasa kosong. Kecewa giler2.. Sampailah sekarang. Asyik dibelakang orang je. Padahal dulu aku hurmmmm.... Hati ngan otak aku sekarang ni rase2nya dah kelabu asap kot. Penuh dengan benda2 yang xde faedah. And become worst time by time. My intention now is just to get dean list and gradute. Not more than that and i did it. MOre than that is my past dream.


Sekarang hasil keje aku pon teruk tak cam dulu. Apa yang Allah SWT nak tunjuk pada aku sebenarnya?  Know what, setiap benda yang aku buat, aku yang kena buat keputusan aku sendiri. Nobody guide me. Tu la sebab sometimes keputusan yang aku buat tu membabi buta. At the end, aku sendiri yang menyesal. Apa boleh buat? I don't know anything and nobody left to help me. Menyesal tahap tujuh petala langit kot. Nak ngadu pon, takde orang faham. Alih-alih cakap kat aku, asal ni cakap benda sama? Tu la ko pemalas... Adesss... memang  la aku pemalas. huh!! Tak membantu.



Kenapa eh aku jadi macam ni? Adakah keadaan kat sini buat aku tertekan? Bukan tertekan dengan belajar tapi tertekan dengan persekitaran. Terlalu tertutup. Semalam lecturer aku tanya apa pasal benda2 up-to-date. Huh???? Aku tercengang dan aku doa mintak2 la dia tak tanya aku. Aku memang lost in the jungle. Kalo dulu, everything dalam tangan aku je. hahaha... ye2 je kan. Macam la kat tapak tangan aku tu ada notebook. No more crazinesss sebab semua orang tend to be more serious. And i hate that part. Oh God, I need my life back!



# Bestie, that all for now. I'm tired already. Huhuh...

Thursday, 10 May 2012

oh exam yang kuchenta..

Exam is just around the corner.. it is about a month to go. But i gotta lot of work to do. Sepatutnya dah boleh stress dah ni. Tapi apa kan daya, tahap kemalasan aku membuak-buak. Huh, xsedar diri dah nak exam, main-main lagi. Dah la keje melambak. Ingat sikit, minggu depan semua dah nak kena submit. Kan porak poranda dunia.. Tolonglah~

ni lah masalahnya...

hah??? ape tu?

Apa itu education gap? Cam pernah dengar tapi kat mana ea?? Aku pon try la usha-usha pendapat kawan aku pasal benda alah ni. Sekarang ni kan banyak tahap-tahap pendidikan seperti degree, diploma dan bla bla bla.. Tapi ada tak perbezaan di antara semua ni? Aku bukan nak specify orang tapi  mengikut pengalaman aku sendiri. Di tempat aku sekarang, ada yang datangnya dari SBP, MRSM dan juga sekolah biasa.  Cara kerja budak-budak SBP dan MRSM ni agak lain daripada sekolah harian biasa. Dorang ni lebih praktikal, rajin dan juga konsisten berbanding kami dari sekolah biasa. Kami selalu blajar giler-giler je. Banyak masa dihabiskan dengan tido, game.. What a life! 

Then aku kenal ngan engineer from local university ngan engineer from oversea university. Cara pemikiran dorang juga berbeza.  From local university 2 selalu merungut yang ape yang dia blajar dulu tak apply pon dalam keje dia. Dah 2, dia mnyalahkan sistem pape tah. Then yang sorang lagi 2 dia cam bersemangat dan selalu cakap dia kne study elok2 sebab dia perlu apply semua benda tu dalam keje dia. Aku pon tya dia apa bezanya belajar di local university with abroad. Dia cakap la takde beza pon. Cuma kat sana dia kena survive sendiri, kena cari maklumat sendiri dan everything depand on himself. Memang betul pon kan...

Ok, cakap pulak pasal tahap pendidikan. Cara pemikiran seseorang dipengaruhi oleh sejauh mana tahap pendidikan dorang. For higher education, gaya dorang cakap pon lain. Full with information dan jarang-jarang la keluar benda-benda yang tak berfaedah dan dorang ni agak berfikiran ke depan. Memangla bukan semua camtu. Just overall opinion.. kadang-kadang tahap pendidikan juga boleh jadi pengukur tahap kematangan orang.

Ibubapa yang ada education background yang ok, semestinya dia akanmemastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sepatutnya dan mereka juga lebih open-minded. Takkan mak ayah doktor, anak tetiba tak pandai. Ce pikir logik, mak ayah dia for sure la akan  hantar anak dia kat best school and know what the best for their children. OK2... memang ada yang camtu tapi kebanyakkan camtukan. Cuba la tengok sekeliling kalo tak caye.



# Pendapat daripada apa yang aku survey ngan member aku. Bukan mengutuk, jauh sekali mengata. Just pandangan peribadi. Tak suka tak payah caye.

Wednesday, 9 May 2012

hanya mampu merancang

Setiap insan mempunyai impian tersendiri. Dari sebesar-besar impian hingga sekecik-kecik mimpi.  Pelbagai usaha yang kita lakukan untuk menggapai impian kita. Namun kita hanya mampu merancang, Allah SWT juga menentukan. Mungkin saat sekarang kita rasa selesa. Namun adakalanya kita takkan pernah terduga kita akan diuji dengan ujian yang kadangkala boleh mematahkan semangat kita.




Kadang-kadang tu fikiran yang jauh kedepan mungkin memberi masalah tapi bagi aku fikiran pandang kedepan perlu supaya kita boleh menghadapi sebarang kemungkinan. Dari situ kita boleh menyiapkan diri kita. Mengharap sesuatu yang lebih daripada kupayaan kita boleh menimbulkan rasa yang amat megecewakan. Tak salah untuk terus memasang impian kerana dari impian itulah akan menggerakkan diri kita supaya berusaha lebih. Hidup ini tidak seindah mimpi. Dalam mimpi semua kita boleh dapat namun hakikatnya, perit juga nak dapat. Apa yang kita boleh lakukan jika impian kita terhalang? Kalau terhalang dengan sesuatu yang boleh diubah, ok la. Kalo benda tu hakikat kejadian ape nak buat? Antara pasrah dan redha..


Hidup tanpa impian seolah-olah layang-layang putus talinya. Melayang tanpa arah tujuan. Takde impian boleh menjurus kepada satu penyakit iaitu malas. Memang susah jika menghidapi penyakit ni. Doktor pon tak boleh nak tolong. Diri sendiri la kena tolong. Tu pon kalo mampu. Sape yang penah kecewa dalam hidup? Sape yang tak pernah gagal? Sape yang tak pernah hancur impiannya? Nak pulihkan balik mungkin akan ambik masa. Mungkin ada yang hilang kewarasan. Sekali lagi aku cakap, ini bergantung kepada diri kita. Selalu berdoa kepada Allah SWT semoga dilindungi daripada benda-benda tak elok. Cari lah orang yang boleh berkongsi masalah terutamanya dalam kalangan orang yang berpengalaman kerana mereka lebih dulu makan garam. Mereka mungkin tahu cara mengatasi dengan berkesan, at least dengan nasihat-nasihat yang berguna. Itu saja daripada Ustazah hari ni. Renung-renungkan lah dan bersama insafi diri terutamanya aku.

# Ingatlah walau sesusah mana kita, ada orang yang kurang bernasib baik berbanding kita. Syukurlah dengan apa yang kita miliki.

Tuesday, 8 May 2012

tak payah kawen kalo tak cukup ilmu

hush2... penat baru balik kelas. Hari ni aku ada presentation. Dengan sore serak, aku gagahi jua kudratku untuk  mempresentkan apa-apa yang patut. Ecececehhh....Nasib la ada mic. Kalo tak, hancussss!! Lecterer aku cam taw2 je aku ni xde sore ari ni. Alhamdulillah...Ni belum jadi artis lagi ni. Kalo jadi artis xtaw la camne. Entah-entah xboleh cakap xtaw la.



Dalam nak tunggu turn tu, aku teringat apa mak aku gtaw semalam pasal member aku nak kawen. Tapi ape pendapat korang kawen time study? Mungkin ada pro dan kontra nya. Kawen bermaksud kita ada satu tanggungjawab yang perlu kita pikul. Jangan la kita nak kawen awal just untuk nafsu je. Tak kemana nanti. Dah boring, cari lain. Kawen xsampai setahun, dah cerai. Yang jadi mangsa nanti anak-anak. Kesian giler.. Sebelum  kita perlulah lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu rumah tangga, adab-adab dengan mertua camne dan macam-macam lagi la. Jangan nanti terkurang ajar dengan mentua sudah la. Orang tua ni kadang-kadang hati dorang ni lembut. Cepat sangat terasa. Jangan nanti mentua kita cakap, mak tak ajar or bini ko ni xde adab ke? Kalo rasa xleh nak pikul tanggungjawab jangan kawen, nanti masalah di masa hadapan. Andai kata suami/ isteri kita tu matang dan boleh nak handle keadaan kire ok la. Tapi kalo dapat yang agak tak berapa nak matang, habesss la.


Bee, I nak Tiffani ok..hew3..
Bila kita dok bersama mentua ni, pandai-pandai la kalo time gadoh tu jangan kasi nampak sangat korang gadoh. Orang tua biasalah, lebih risau daripada biasa. Mungkin kadang-kadang ada gak mentua suka masuk campur. Dah benda berlaku depan mata, xkan nak tengok je. Yes, kawen memang best sb boleh elak maksiat. Tapi tilik-tilik la diri kita dulu, mampu ke tidak. Bagi yang kawen masa study, pandai-pandai la bagi masa. Jangan asyik nak ponteng kelas je. Esemen pulak, jangan member-member lain je yang kalut dok buat. Chantekk sikit ok!


# Adess, cacing dalam perut mintak makanan la. Laparnya.....

Monday, 7 May 2012

taknak ngaku la tu~

pernah kejadian-kejadian di bawah ni berlaku kepada anda:

1. ada pinggan dalam sink yang tak basuh, tapi bila tanya semua orang sape yang tak basuh ni, semua tak ngaku. siap ada evidence lagi yang dorang tak buat. ataupun

2. Ada orang tak flush tandas (euwwww), or tak tutup pili air or tak tutup lampu tandas tapi bila tanya semua tak ngaku padahal anda tahu sape yang last masuk. tapi bila nak mengsahihkan cite ni, dia tak ngaku. mati-mati lak tu tak ngaku.

3. or kejadian-kejadian seangktan dengannya.

Adoyai, aku mau pecah perut aku tergelak. aku teringat kata seseorang, 'sape nak ngaku dia berak tengah jalan'.. hahahha...

Bagi aku takde salahnya nak mengaku kita buat benda-benda tu. Memang la kadang-kadang malu. Tapi sesungguhnya berkatalah benar walaupun ianya pahit. Mungkin ianya boleh jadi pengajaran kepada orang lain supaya tak mengulangi kesilapan yang sama.

Then apabila kita tahu orang tu buat salah, jangan la kita buat sesuatu yang boleh menjatuhkan air mukanya. Bayangkan kalau kita di tempat dia, malu ooooohh... Rasa nak lempang-lempang je muka orang tu.. Dushhhh!!! Kalo boleh cakap dengan cara berhemah, elok dan lembut. Orang pon takkan nak marah kan kalo kita cakap elok-elok. Tak payah la nak heboh seolah-olah satu dunia perlu tahu.

Apa-apa pun masalah, komunikasi adalah penting. Jangan kita buat andaian dengan mendengar atau melihat dari mata kita saja. Cuba la berkomunikasi sikit. Baru la kita tahu kenapa dia buat macam ni, macam tu. You know what, setiap perbuatan tu mesti ada sebab. Kalo nak cakap tu, jangan cakap time tengah hangin, memang hangin la korang jap lagi. siap ada ribut, taufan, tornado lagi... Lex luu...

Cuba terima kelemahan masing-masing. Jangan fikir kita je betul sedangkan kita tak sedar kita juga banyak buat silap. Ni la orang kata, kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak ( betul ke tidak peribahasa aku ni)...

macam ni la gamaknya...

Sunday, 6 May 2012

kau, dia dan ....

Pernah tak dengar istilah orang tengah? Bukan pemain tengah, anak tengah... orang menjadi sasaran jika ada antara mereka ada gado-gado tu. Mesti taw punya ni. Sebenarnya aku kesian ngan orang-orang yang terpaksa atau dipaksa menjadi orang tengah ni sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. tambah-tambah lagi kalo jadi orang bagi orang yang bercinta. Orang tengah selalunya orang yang paling hampir dengan si gado tu sama ada best friend, roomate dan bla bla bla...(penat nak fikir banyak sangat).

Contohnya kalau bestfriend si pompuan tu jadi orang tengah, then bila gado,si lelaki tu tego dan tanya2 ngan si tengah. Nak tanya awek sendiri, tengah majuk. Eih, kesian betol andai kata kalo si pompuan tu jenis yang cemburu. Habis la dorang. Benda ni sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada persahabatan mereka. So, kepada sesapa yang tengah gado tu, kalo boleh selesai sendiri masalah tu tak payah la gunakan orang lain seolah-olah nak lepaskan geram kat si awek. Si tengah tu bukan awek awak. Kalo nak marah ke ape ke, direct terus la kat awak lu. kalo nak jugak orang tengah, cari la sedara mara awk. kakak ke, mak ke, bla3...

"Leave me alone"
Hahah...hangin aku taw kalo dengar benda-benda camni. Bukan ape, dulu pon aku penah la jugak jadi orang tengah kepada sedara aku. sebabnya dia kapel ngan member aku. Sakit otak tol aku. Gadoh sikit cari aku. Memang sakit ati betul aku. Aku la kena g jenguk awek dia, g pujuk awek dia. Ape kes?? Pandai sangat kapel, pandai la pujuk.

Saturday, 5 May 2012

jom melalak...

Anyway keje memang banyak giler ni...kalo nak kire mmg xcukup jari ni. Kena tambah dengan jari kaki lagi. Tapi ape kan daya, hidup seorang 'best student' macam ni la. Asyik terbabas ngan benda2 yang xde pekdah je. hew hew hew.... Hmmm...malam ni aku rasa macam nak melalak la pulak. Dah lama dah aku rasa tak test power sore aku ni. Agak-agak ade x macam Mak Esah blakang rumah aku tu. Dia dulu penyanyi top tuh.

Bila la rajin nak datang ni? Dah lama I tunggu U taw. Coming to me....

Friday, 4 May 2012

soalan yang mencengkam minda!

 Adehhh!!! aku konfius teramat sangat ni nak cari jawapan bagi persoalan yang seseorang mulakan ni. dah banyak hari dah aku cari evidence. sape la soh dia start. Aku pon ala-ala detektif Conan la start siasat itu ini. tapi bukti-bukti semua membangkang. Antara nak percaya ke tidak. Antara langit dan bumi terselit rahsia budak tu. Malam-malam aku penuh tanda tanya tentang sape budak tu sebab video dia tak nampak muka. cuma boleh dengar suare je. Tapi fakta-fakta dari mata aku yang meneliti dan membaca menunjukkan mereka bukanlah orang yang sama. Adakah ini satu penipuan? Konfiusssss!!!


Kang aku paksa-paksa budak yang ngaku tu, nanti dia fed up lak ngan aku. Ala..muka tak nampak. Sape2 pon boleh ngaku. Tapi ape motifnya nak buat cam tu? Watever it is, selagi aku xdapat jawapannya, hidup aku takkan tenang. Tapi kalo dia tipu, aku rase mmg bengkek giler la. Kang ade yang kena tornado ngan aku jap lagi. No tipu-tipu... tamo-tamo...

#mmg kena sangat2... layan jer!!

Thursday, 3 May 2012

malam paling tragis

Semalam aku xleh bangun. Demam aku tinggi sangat sampai selimut pon terketar-ketar. Pas makan terus tido sb nak makan ubat pon xleh. Sebabnya aku tersalah makan mase dinner ngan kawan-kawan aku. Ape pon xboley!!! Dah la badan panas, selimut satu pon rse cam xcukup je.. Masa ni nak sangat mami ade kat sisi. Tanya2, demah kepala ke...<ala2 manja gitewww>. Kepala ni xusah nak cakap la punya la berdenyut macam ade orang buat konsert rock kat dalam otak aku ni. Then, beberapa jam tido, aku bangun makan ubat. Perrrghhh...lega! Elok je aku sambung tido sampai la jam aku berbunyi. Uih, lena betul tido. Alhamdulillah pagi ni demam aku dah kurang walaupon suare still lagi tak baik.

Tengah ari tadi exam. Dah la semalam sepatah perkataan pon xbaca. Nasib la aku ingat sikit-sikit apa yang aku baca. Balik kelas, aku terus call mami buat2 suara kesian...hahhahaha... mmg kepakaran aku la tu. Bila dok jauh ni macam-macam la dugaan.

tetiba ari ni rasa kosong.. jom layan lagu kosong


# summer ni nak balik ke x? hmmm...cuti dah xde dah ni.

Wednesday, 2 May 2012

Demam.. OH tidak!!!!!!!!!!!!!

Pagi tadi sepatutnya ada exam Tajwid. Kemain lagi aku study semalam sampai tido pon dengan buku. Bangun je pagi-pagi kepala aku mula rasa sakit, tekak pon rse perit dan disertai oleh pelengkapnya iaitu batuk. Dah la xleh nak fokus. Alih-alih exam tunda pulak. Apa lagi... Balik bantai tido je la. Elok bebeno time-time tengah tak sihat ni. Kelas petang pulak, mak aih... xpayah cakap la.. punya la berdenyut-denyut macam ade guli lak dalam kepala. Suara aku yang " merdu bak kotak gitar" ni dah jadi macam suara rocker lak... adoyaiiiiii....

Apa nak buat eh? Nak makan ubat, malas.. Ari-ari asyik ubat je... Nak ngadu kat Super Mami pon takut kena marah.. Apalah nasib diriku yang malang, Oh Tuhan.. Dah besar gedempol pon tak reti jaga diri.. Macam mana nak kawen ni. Oh, tidak!! Wahai demam, cepat2 la ko cari pengganti diriku kerna ku tidak mahu dirimu..